Welcome

Mencari KeredhaanNYA

Tuesday, May 22, 2012

Pengajaran Dari Al-Quran

Assalammu'alaikum w.b.t... Syukur Alhamdulillah, kpd ALLAH yg MAHA ESA, lagi MAHA Bijaksana yang masih memberi kita peluang utk terus bernafas dan bartaubat di atas setiap kesilapan yg dilakukan.. Ya ALLAH, cucuri Rahmat dan Kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarganya dan juga para Sahabat Baginda..

Sbg seorg Muslim, pastinya kita membaca Al-Quran setiap hari.. Apabila kita membaca Al-Quran, kita akan merasai betapa hebatnya Kuasa ALLAH s.w.t sekaligus dpt mendekatkn diri kita kpd-NYA. Dalam Al-Quran terdapat pelbagai panduan dan nasihat. Jika kita lihat dlm Al-Quran, byk ayt2 berkaitan perempuan dan manusia, ALLAH akan letak ALLAH MAHA KUASA lagi MAHA BIJAKSANA.. ALLAH ingin kita tahu bila mana kita ada kuasa tertentu, sehebat mana pun kita, ALLAH tetap melebihi kita krn sifat ALLAH yg MAHA HEBAT..

Sesetengah orang yg ada harta yg banyak, 
dia merasakan dirinya bijak dan hebat, 
namun jika dia sering membaca Al-Quran, 
pasti dia akan sedar bahawa ALLAH byk memberi amaran 
terutama kpd mereka yg diberikan nikmat 
tetapi tidak bersyukur malah berbuat kerosakan di muka bumi. 

Jika mereka ini rasa mereka bijak 
yg membolehkn mereka memperoleh semua itu, 
maka ALLAH memberi amaran bahawa 
ALLAH lagi bijak krn sifatnya "AL-HAKIM" bermaksud Yang Maha Bijaksana..

ALLAH suruh kita membaca AL-Quran dan 
memikirkan apa yg dimaksudkn oleh ayt2 yg diturunkan. 
Surah Al-Baqarah ayat 242 yg bermaksud: 
"demikianlah ALLAH menerangkan kpd kamu hukum-hukumNYA supaya kamu memahaminya"

ALLAH s.w.t. suruh kita kaji, 
kenapa hukum-hukum ini diberikan kpd kita. 
Pasti ada sebabnya yg mana 
ALLAH lebih mengetahui berbanding manusia itu sendiri.

Kita lihat bgaimana Rasulullah S.A.W beramal dgn segala hukum-hukum 
yg diterangkan dlm Al-Quran sbg bukti keterangan dalam kitab-kitabNYA. 
Mudah-mudahan kita fikirkan keterangan-keterangan tsbt 
krn ia merangkumi kemaslahatan kita serta anak-anak dan isteri kita.

Ya, manusia boleh membuat satu undang-undang atau 
peraturan utk kemaslahatan masyarakat.
Tp kerana apa peraturan dibuat??
Pastinya utk mencari kebaikan dan suasana yg harmoni.

Oleh itu, ALLAH s.w.t telah mendahului manusia dlm pkr ini
krn ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Kita telah lihat dlm sejarah, ahli-ahli falsafah mengkaji beratus tahun utk 
buat 1 undang-undang atau peraturan demi kebaikan manusia.
Mereka fikir mcm mana nak buat manusia ini menjadi baik.
Undang-undang digubal, dibentang dan diluluskan
TAPI..usaha mereka ini masih belum mencapai kejayaan..

Cuba kita lihat kembali zaman Rasulullah S.A.W. 
BAGINDA laksanakan spt yg ALLAH perintahkan
Kita tahu bahawa Rasulullah S.A.W
hanya perintah selama 23 thn sblm Baginda wafat,
bukan kuantiti yg kita lihat, tp kualiti yg dihasilkan itu lebih penting.

Dalam tempoh itu, semua masalah masyarakat Arab selesai
Tidak ada masalah yg tidak selesai ketika itu
Baginda laksanakan hukuman spt yg ALLAH nyatakan dlm semua aspek
muamalat, munakahat dan sebagainya..
Semua penyakit-penyakit yg ada dlm masyarakat Jahiliyah 
sblm kedatangan ISLAM
berjaya diatasi..

Terdapat Hadith yg meriwayatkan,
Sahabat menyatakan suatu kesalahan kecil pd ms kini 
spt buang sampah merata-rata,
dianggap sebagai satu kesalahan BESAR pd ketika itu.

Keadaan ketika itu juga menunjukkan 
betapa ISLAM mengajar hak memberi..
Contohnya, tuan punya kepala kambing 
memberikn kpd org yg dia rasakan perlu,
akan dapat balik kepala kambing tersebut kerana
masyarakat ketika itu memikirkan masalah orang lain
kerana wujudnya perasaan kasih sayang.

Pada ketika itu, masyarakat atau individu malu untuk lakukan kejahatan
berbeza dgn hari ini, orang malu untuk lakukan kebaikan
tetapi menunjuk-nunjuk kejahatan yg dilakukan 
malah ia adalah satu kebanggaan apabila melakukan kejahatan.

Apabila kita membaca sirah Rasulullah s.a.w.
kita lihat bagaimana BAGINDA dpt mendidik sahabat-sahabat
menjadi baik sehinggakan kesilapan yg tidak disengajakan
dianggap sebagai satu dosa.

Kita juga dpt melihat bagaimana Rasulullah s.a.w.
dpt mendidik masyarakat yang bencikan kejahatan, kemaksiatan
dan perasaan buruk sangka terhadap saudara-saudara sendiri
tidak ada sama sekali melainkan kasih sayang..

Sedangkan kalau kita lihat sebelum kedatangan ISLAM
masyarakat Jahiliyah terkenal dengan penganiayaan,
yg kuat menindas yg lemah, 
tetapi bila ISLAM datang mengajar,
yg kuat membantu yg lemah.

Tetapi bila kita lihat zaman yg semakin jauh dgn zaman Rasulullah s.a.w.
orang yang buat jahat rasa bangga dengan kejahatannya.
Keadaan ini menunjukkan zaman yg terakhir.
Iaitu dipenghujung zaman,
Maka tunggulah kehancuran..

Maka marilah kita mengamalkan
Amalan membaca Al-Quran,
Memahami apa yg kita baca,
dan mengamalkan apa yg kita baca dan faham....

* Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaan beriman kepada-MU serta dapat mengucapkan kalimah tauhid "LA ILAHA ILLALLAH" (Tiada tuhan selain ALLAH) di saat sakaratul maut..

Sunday, May 13, 2012

She Dont Understand

Why do these evil people keep coming to her country?? 
Why did they kill her Daddy?? 
And take away her Mommy? 
Why did they shoot her Brother? 
Why did they rape her sister? 
She dont understand......??? 

Little girl dont cry, it hurts me too 
Please wipe your eyes, 
your Mum & Daddy didnt die, 
They were taking away by ALLAH 
You'll see them again in another day.. 

Monday, April 9, 2012

Sifat-sifat yg mesti ada pada setiap Muslim

Assalamu'alaikum.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertaubat dan bernafas.. dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini melihat ramainya orang Islam ttp hny pada nama, bkn pd amalannya..
Astagfirullahal'azim...
Jd mari lihat sedikit sebanyak sifatyg mesti ada pada setiap Muslim..

Seseorang yang beragama Islam itu mestilah:
Islam/Muslim dr segi Akidah
Islam/Muslim dr segi ibadah
Islam/Muslim dari segi akhlak
Islam/Muslim dari segi keluarga

Islam dari segi AKIDAH iaitu
yakin bahawa ALLAH ialah Tuhan yg mencipta alam ini dgn tujuan tertentu
yakin dgn para RASUL yg menjadi pembimbing kpd umatnya
Yakin bhw matlamat hidup manusia dlm kehidupan di dunia adlh utk mengenal ALLAH dgn ilmu, 
taat dan mengabdikan diri kepadaNya.

Monday, March 12, 2012

Renungan dari kata-kata Saidina Ali

Allah swt berfirman dalam surah Al’Ahzaab ayat 56 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”.

Allah dan malaikat pun berselawat ke atas nabi Muhamad SAW, Siapa kita nk ego untuk tidak berselawat ke atas Nabi Muhamad saw? Susah ke nak berselawat, "Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhamad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w." Banyak cara untuk kita berselawat ke atas Rasulullah SAW, ada yang pendek dan ada yang panjang.

Saturday, February 25, 2012

Kenapa Hati Menjadi Keras?

Bismillahhirahmannirahim.. Segala puji bagi Allah, Tuhan yg menciptakan langit dan bumi, yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya, dan para sahabat..

Assalammua'laikum.. Syukur Allah swt masih memberi peluang kpd penulis utk mnulis. Memberi dan menyampaikan apa yg diperoleh drpd majlis-majlis ilmu yang dihadiri.. Semoga sama-sama dapat pahala dan diberkati oleh Allah swt..

Kenapa hati manusia menjadi keras? Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda "Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kpd Allah swt, maka sesungguhnya, banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah swt itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya, sejauh-jauh manusia daripada Allah swt ialah mereka yang berhati keras." (hadis riwayat Imam At-Tirmizi)

Thursday, February 16, 2012

Peranan orang Islam

Assalammua'laikum.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya, Allah cucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabat baginda.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tak kan lupa. Hari demi hari, masalah umat Islam semakin membimbangkan. Semalan ceramah di tempat ana, Ustaz menyatakan bahawa pada tahun 2011 seramai 50,000 orang memohon untuk keluar daripada Islam.. 50,000 orang? Ini mungkin angka anggaran, yang sebenarnya kita sendiri tahu pasti lebih dari itu.

Monday, February 6, 2012

Jika Rasulullah SAW ada bersama..

Assalammua'laikum.. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan pentadbir sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia lah yang Maha Kaya dan Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. Salam Sejahtera dan semoga dicucuri rahmat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabat.


Alhamdulillah, masih diberi nafas dan kesempatan untuk menulis di dalam blog ini tentang Islam dan kehidupan masyarakat di sekitar. Sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan atau disoalkan tentang "jika Rasulullah SAW ada bersama kita hari ini, apakah yang ingin kita lakukan? MasyaAllah.. Lihat lah betapa agungnya Rasulullah SAW.. Seperti mana dalam firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya: 107 yang bermaksud "Tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam".