Welcome

Mencari KeredhaanNYA

Monday, November 21, 2011

Hikmah di Sebalik Perpisahan

Assalammualaikum wbt..

Dah lama rasanya tidak membuat sebarang post dalam blog ni.. Kini baru memiliki kesempatan yang diberi oleh-Nya. Apa yang ditulis ini berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. yang dipanggil manusia. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Kerana yang kekal hanya Dia yang Maha Esa.

Setiap insan ingin dicintai dan mencintai. Ini fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah. Namun, dalam mengejar CINTA ini, ramai yang hanyut dan jauh dari-Nya, namun ada juga yang berjaya malah semakin rapat dengan-Nya. Ini mungkin kerana niat di dalam hati manusia itu yang membezakan hasilnya. Ada juga yang hanyut namun akhirnya insaf dan bertaubat. Ada yang masih tidak insaf dan terus dihanyutkan dengan keindahan dan nikmat dunia yang sementara ini. Aku mungkin termasuk golongan yang hanyut kemudian insaf. Tapi si dia, aku tidak tahu. Bukan tidak mahu ambil tahu, bukan juga tidak mahu tahu atau tidak perlu tahu namun semua perkara dan tindakan yang seharusnya telah aku lakukan. Begitu juga insan-insan lain yang pernah mengalami nasib yang sama macam aku merasai apa yang aku rasai. Ditinggalkan setelah hati benar-benar menyayangi namun dek kerana kesilapan yang tidak boleh lagi dimaafkan, maka si dia mencari pengganti dan menolak diri ini. Pengganti pula merupakan orang yang selama ni si dia selalu bercerita itu dan ini, malah pernah menyatakan keburukannya itu dan ini, tapi sekarang dengan insan yang diburukkan itulah dia meraih simpati dan bersama.

Mungkin ada antara kita selepas berpisah pernah mengatakan dalam hati seperti



“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
(petikan ambil dari http://akuislam.com/blog/contest-aku-islam/aku-dia-dah-putus/#ixzz1eK7LqsPz)
tapi dalam kes aku dan mungkin juga insan lain, mungkin dia ada ramai lelaki yang mahukan dia. Bila-bila masa dia boleh dapat pengganti. Malah jika ada yang sampai keluarga masuk campur dan masih tidak berjaya, pasti perasaan mereka lebih remuk malah hancur luluh dan mungkin pada satu ketika pernah merasai untuk tidak meneruskan hidup,namun yang Maha Penyayang itu menyelamatkan malah memberi satu perasaan yang selama ini tidak pernah dirasai kerana telalu seronok dengan nikmat yang diberi. Nikmat tersebut sepatut-Nya disyukuri namun aku dan mungkin juga insan lain tersalah cara untuk menjaga nikmat tersebut malah semakin jauh dari-Nya dan tergolonglah aku ke dalam golongan yang tidak mahu bersyukur. Dan sekarang nikmat itu ditarik balik oleh-Nya supaya aku merenung dan beristiqamah terhadap apa yang terjadi.

pernah terlintas dalam fikiran " kenapa aku jumpa perempuan ni. Kenapa aku mencintai dirinya lebih dari yang menciptakan aku? Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi"
Mungkin juga seperti dalam banyak yang tertulis dalam hadis-hadis sahih, lebih kurang maksud "apabila Allah merindui hamba-Nya, maka dia akan menguji supaya hamba-Nya berdoa dan merintih kepada-Nya".

Mungkin Allah sayangkan aku. Dia tidak mahu aku setia pada orang yang tidak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah beberapa tahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku sedangkan banyak benda yang aku lalai termasuklah hubungan aku dengan Allah. Seperti mana dalam kisah Abu Hurairah r.a yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.  tentang seseorang yang solat tetapi tetap mencuri. Rasulullah menegaskan bahawa solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

Maksud Rasulullah saw, dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), maka solat seseorang itu lambat laun akan menjadi benteng daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Aku sedang berjuang.menjadi lebih baik, doakan. Bermula dengan merangkak, kemudian selangkah, dua langkah dan akhirnya berlari.mendekati Pencipta. Perempuan? Cinta sesama manusia? Hanya yang halal, kerana janji-Nya adalah pasti. Janji-Nya kepada orang-orang yang bertakwa seperti mana dalam firman-Nya

“Barangsiapa mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Q.S. An-Nahl[16]: 97).

Firman Allah Taala: “Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya.” (Ali Imran: 198) Firman Allah lagi: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam Syurga dan (di dalamnya mengalir) mata air. (Dikatakan kepada mereka): ‘Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman’.” (Al Hijr: 45-46) dan lagi FirmanNya, “Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)

Beruntunglah mereka yang beristiqamah di atas setiap dugaan dan nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. dan terus mendekati-Nya setelah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Kepada mereka yang masih lagi mencari nikmat duniawi, sama-samalah kita doakan kepada mereka agar Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk sebagaimana dia berikan hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment