Manusia merupakan hamba kepada penciptanya, Allah swt. Manusia terbatas pengetahuannya. Manusia tidak ada yang sempurna. Namun ramai yang cuba menjadi sempurna sedangkan manusia tidak akan sempurna kerana yang sempurna itu hanya Allah swt. Salah satu ketidaksempurnaan itu ialah manusia mudah lupa. Mereka mudah lupa kenapa mereka diciptakan.
Allah telah berfirman, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". (Al-Mulk 67:23).
Adakah mereka lupa atau mereka sebenarnya tidak mengetahui tanggungjawab mereka diciptakan ke dunia? Bagaimanakah mereka akan tahu dan sedar jika mereka tidak membaca kitab dan juga ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah? Manusia mudah lupa, dan mereka perlu disedarkan. Apabila disedarkan baru mereka akan bertaubat. Sebenarnya manusia ini tahu setiap tindakan mereka salah atau betul kerana mereka telah dikurniakan akal oleh Allah. Tetapi mereka tetap melakukan kesalahan dan juga kemungkaran kepada Allah swt kerana mereka tiada kesedaran. Maka peranan ulamak, ahli sufi, orang berimana dan sama waktu dengannya perlulah memberi nasihat kepada mereka. Islam mengajar kita untuk saling menasihati antara sesama Islam.
Namun apa yang mendukacitakan pada hari ini ialah golongan ulama' dan sewaktu dengannya tidak dapat melakukan peranan mereka kerana wujud berbagai halangan. Ulama' sepatutnya menjadi penasihat kepada umarak. Persoalan samada diterima atau tidak tidak timbul kerana apa yang lebih penting mereka terlebih dahulu perlu menasihati umarak dan orang ramai. Namun ada segelintir ulama' yang takut kerana mereka ingin menjaga punca rezeki mereka. Bukankah Allah yang memberikan rezeki seperti firmannya
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Toha: 132)
Adalah tidak bermanfaat atau mulia seseorang disisi Allah jika mempunyai kuasa atau pengkat tetapi tidak menyampaikan ajaran Allah swt. Sabda Nabi Muhammad saw,
"Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Manusia lebih nampak dunia berbanding akhirat. Hari ini kita lihat, manusia memandang kepada kekayaan bukan kepada amal soleh. Manusia hanya percaya apa yang diperkatakan orang tanpa melihat dengan mata mereka sendiri. Perkara ini bukan sahaja berlaku ketika memilh pemimpin malah dalam situasi mencari menantu atau jodoh. Orang miskin atau yang tiada kestabilan dalam ekonomi, pasti akan diketepikan walaupun akhlak dan ibadatnya sentiasa dijaga. Kenapa mereka tidak percaya kepada takdir dan rezeki Allah selagi mana manusia tersebut berusaha pada jalan Allah?
Penyakit lupa mahupun masalah-masalah lain yang berlaku di dunia pada hari ini adalah kerana manusia tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah. Mereka tidak menjaga sunnah Rasulullah saw. Bagaimana mereka boleh menjaga hubungan mereka dengan Allah? Sudah tentu yang pertama sekali adalah melalui solat. Solat mencegah kepada kemungkaran. Orang yang tidak solat ini sebenarnya sombong dan juga bongkak. Mereka merasakan diri mereka mempunyai segalanya. Mereka merasa diri mereka hebat. Hakikatnya mereka tidak tahu bahawa mereka ini sama dengan Iblis, knp? Lihat balik pada saat kejadian Adam, apabila Allah minta Malaikat sujud kepada Adam, Iblis dengan sombong dan bongkak tidak mahu bersujud. Apabila solat, kita akan sujud, menandakan kita patuh pada perintah Allah (bagi mereka yang faham betul2 knp kita solat). Sedangkan mereka tidak solat ini, bila masanya mereka sujud pada Allah tanda syukur, taat dan hina kepada Allah?
Manusia yang tidak solat adalah fakir walaupun mereka mempunyai banyak harta. Begitu juga manusia yang miskin tetapi tidak solat. Apabila di akhirat kelak, semua makhluk akan berbaris untuk ke syurga dan neraka. Manusia di kalangan ahli syurga akan bertanya apakah amalan yang kamu lakukan sehinggakan kamu dicampakkan ke neraka? Bukankah setiap hamba itu mahukan syurga?
Betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpada Saidina Ali (untuk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.” jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan Kelak…
No comments:
Post a Comment