Welcome

Mencari KeredhaanNYA

Tuesday, January 3, 2012

Manusia....

Hari ini kita lihat gelagat manusia banyak yang normal sedangkan perlakuan itu tidak normal. Kita lihat manusia bila dia sukakan sesuatu atau cintakan sesuatu, selalu dia bersamanya atau berdamping dengannya. Sedangkan apa yang didampingin itu tidaklah kekal melainkan dia mendampingi Allah swt.. Contohnya, apabila seseorang itu sayang rumahnya, bila azan berkumandang dia tidak keluar rumah untuk ke masjid/surau, mereka duduk dalam rumah. Apabila mereka sayang isteri, mereka tidak berani tegur. Isteri tidak pakai tudung, mereka tak tegur, isteri tak tunaikan solat fardhu, mereka tak tegur. Mereka takut nak tegur isteri mereka. Hari ini kita lihat berapa ramai yang menghabiskan wang mereka untuk modified kereta? hari ini mereka menjadi hamba kepada kereta, bukan kereta menjadi hamba mereka. Sedangkan apabila kita mati nanti, semua yang kita sayang selain Allah akan kita tinggalkan. Kita tidak akan membawa bersama isteri, kereta, rumah, harta ke dalam kubur. Yang kita bawa adalah amal dan juga kebajikan yang kita lakukan.

Bayangkan kita buat satu(1) dosa sehari dan hidup selama 60 tahun. Bermakna kita buat 21 240 dosa dan akan dibawa dosa ini untuk hadap Allah. Kita telah bangunkan dunia tapi kita telah musnahkan akhirat kita. Bagaimana kita nak persembahkan pada Allah bila buku amalan kita dibuka? Nabi Muhammad saw yang maksum bertaubat 100 kali taubat.. Ada hadis menyebut 70 kali.. Kita yang banyak dosa ni berapa kali telah bertaubat? Istighfar kita semata-mata atas dasar istighfar bukan kerana dosa yang kita buat atau takut kepada Allah di atas dosa yang kita lakukan.


Pernahkah kita sentiasa berfikiran seperti apa yang telah aku buat untuk Allah pada hari ini? Apakah pandangan Allah pada aku pada hari ini? Adakah dengan rahmat-Nya atau azab-Nya? Bagaimana hubungan kita dengan Allah. Dia ajak kita, kita tidak peduli. Allah perintah, kita tidak buat. Jadi mungkin begitu juga sikap atau pandangan Allah pada kita. Tetapi Allah Maha Penyayang. Kalau kita buat lebih kurang Allah akan  buat lebih kurang dengan kita. Apabila kita bersungguh-sungguh dan ikhlas, maka Allah akan balas dengan kebaikan atau pertolongan. Ingatlah, apabila kita mati nanti, kita akan dibalut dengan kain yang sama tidak kira apa pangkat kita, berapa banyak harta kita. Apa yang membezakan kita adalah amalan dan ketaqwaan kita pada Allah swt.

Adapun mereka yang takut akan Allah dan menahan diri mengikut hawa nafsu, syurga adalah miliknya. Allah Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Allah juga Maha Pendendam (kepada mereka yang tidak mahu bertaubat). Jika Dia tidak Pendendam kenapa Dia azab firaun yang murka dan ingkar selama 30 tahun untuk selama-lamanya? Kenapa tidak azab hanya selama dia murka iaitu 30 tahun? Namun, keredhaan / rahmat Allah melebihi kemurkannya.

Nafsu direndam selama 1000 tahun dan diangkat, Allah bertanya pada nafsu "siapa Aku?",
Nafsu jawab "aku..aku..kamu..kamu.." kemudian direndam lagi 1000 tahun lagi dan diangkat.
Allah tanya lagi "siapa Aku?"
jawab nafsu "aku..aku..kamu..kamu.." kemudian direndam lagi 1000 tahun lagi dan diangkat..
Maka Allah bertanya lagi "siapa Aku"
Nafsu jawab " Engkau Tuhan dan aku hamba.."
Nafsu direndam selama 3000 tahun dalam neraka baru dia mengaku Allah tuhannya. Kita lihat apa yang berlaku bila manusia mengikut nafsu. Apabila azan subuh yang bermaksud "solat lebih baik dari tidur" ditukar menjadi "tidur lebih baik dari solat".. MasyaAllah.. Naudzubillahi min zalik.. Apabila kita melawan nafsu, baru kita mendapat taqwa.

Dalam apa-apa perkar kita kena buat dulu baru ikhlas itu datang. Contoh kebanyakkan perempuan sekarang bagi alasan "kalau saya pakai tudung tidak ikhlas, buat apa?" Buatlah maksiat atau tahan kemungkaran sekadar kamu mampu berdepan dengan api neraka. Kalau kamu rasa boleh berdepan dengan api neraka, kamu buatlah. Jangan buat apa yang disuruh dan buatlah apa yang dilarang jika kamu rasa kamu kebal dengan api neraka. Jangan jadi macam Firaun yang mengaku "aku tuhan yang maha tinggi" tetapi akhirnya lemas. Apabila nyawa berada di kerongkong baru nak bertaubat, masa tu taubat sudah tidak diterima. Allah swt sentiasa tunggu taubat orang yang buat salah.. Allah tunggu taubat hamba-Nya di siang hari bagi orang yang buat salah di malam hari.. Allah menunggu taubat hamba-Nya di malam hari untuk hamba yang buat salah di siang hari. Allah menunggu taubat hambanya sehingga apabila matahari naik dari sebelah barat. Apabila tiba saat itu, maka tidak berguna lagi untuk bertaubat.

Manusia apabila mempunyai sesuatu yang berharga atau yang bernilai, mereka akan simpan dalam peti besi atau dalam bank dan sebagainya. Apa yang kita makan akan habis.. Apa yang kamu pakai akan lusuh.. tetapi apa yang kamu sedekah akan kekal.. Tetapi pada hari ini, ramai antara kita merasakan apa yang kita sedekahkan itu akan habis. Kadang-kadang bila sedekah Rm50 terus jatuh sakit atau demam.. Contohnya orang beli rokok RM10/pack. Beli untuk bakar malah bagi penyakit lagi. Bukan untuk menghina tapi dari contoh ini nak bagi tahu, untuk benda yang kita ingin, walau ia membakar diri tetap kita cari. Bila kita kata orang mati kerana rokok, mereka jawab mati itu dah pasti. Mati kerana jangkitan kuman atau bakteria. Mati kerana kencing manis, tapi kenapa tidak haramkan gula? pulak dah.. Mati keran darah tinggi, kenapa tidak haramkan garam atau kambing..? nah, begitu pulak dia persoalkan.. Tentang bayi, bukan kerana merokok tapi kerana mereka berzina dan buang anak. Tiada kena mengena dengan rokok. Sedangkan hakikatnya, bila mereka tidak ada rokok, mereka gelisah.

Ada manusia yang bertanya orang yang suka beribadah "kamu bangun jam 4 pagi untuk solat, zikir, kamu tidak bosan ke? maka jawab orang ibadah tersebut "seperti mana kamu merasa nikmat membuat maksiat dan kemungkaran, begitu jugalah yang aku rasa bila aku bertahajjud, berzikir dan beribadah". Lihatlah kepayahan seorang Rasul yang maksum yang duduk selam tiga(3) malam di dalam gua, tapi kita nak duduk dalam majlis ilmu pun susah. Kita naik bas yang ada air-cond di Mekah itu pun rasa penat dan susah. Bayangkan Nabi Muhammad SAW naik unta untuk ke Mekah. Bayangkan pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Kita sentiasa malas mencari redha Allah swt tetapi kita sentiasa minta syurga dan tidak mahu masuk ke neraka, tapi berbaloikah dengan apa yang kita telah dan sedang buat? Kita minta syurga dengan "wasyuhada, wasidiqqin, watabi'in" tapi sembahyang atau solat pun hujung-hujung waktu, kadang-kadang langsung tidak solat. Cuba fikir apa yang kita buat dengan apa yang kita minta, setaraf atau berbaloi tak? Kita nak kan syurga Allah, tawaran daripada Allah iaitu sebuah tawaran yang sangat mahal. Tawaran Allah swt adalah syurga-Nya.

Marilah kita renung apakah amalan kita dahulu, kini dan selamanya untuk apa? dan kenapa? kerana daripada Dia kita datang, kepada-Nya juga kita kembali..

No comments:

Post a Comment