Welcome

Mencari KeredhaanNYA

Sunday, January 15, 2012

Pengajaran & Iktibar dari sebahagian sirah Rasullullah S.A.W.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selamat sejahtera ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W., keluarganya, dan para sahabat.


Syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi kesempatan untuk bernafas dan mencari keredhaan dan keampunan dariNya.


Nabi Muhammad S.A.W. mengajar kita untuk tidak menghafaz tetapi mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda " Dan demikianlah hari-hari akan menjadi putaran hidup". Kalau nak lihat umat akan datang, kita lihat umat pada hari ini. Maksudnya, kita buat apa untuk umat akan datang. Contohnya, hari ini jika kita beri masalah kepada ibu bapa kita, maka akan datang anak-anak kita akan beri masalah kepada kita pula. Inilah yang dimaksudkan oleh Nabi Muhamad S.A.W.


Nabi Muhammad S.A.W. bawa Islam dalam keadaan menderita. Pada perang Badar, cuma ada 313 orang Islam sedangkan dakwah ketika itu telah berlaku hampir 13 tahun. Ini nak menunjukkan bahawa dakwah bukanlah sesuatu perkara yang mudah.


Umat Islam hari ini terima Islam dalam keadaan telah Islam. Dalam surat lahir tulis kita ini Islam, dan kena ingat serta waspada bagaimana nak kekalkan Islam dalam diri kita ini. Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 179 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai ” .


Kenapa Allah buat neraka jahannam?? Bukan kerana Dia tidak sayangkan hambaNya, pada asalnya Dia mencintai  hamba-hambaNya, tetapi yang tidak sayang dirinya adalah manusia itu sendiri. Manusia tidak menjiwai atau memahami kenapa mereka diutuskan. Allah berfirman dalam surah Surah al-Baqarah, ayat 30 "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.". Apa yang dimaksudkan dengan khaifah? iaitu mendirikan agama dalam diri dan negara, dan bawa dunia dengan agama maksudnya bawa dunia dalam keadaan Allah redha.


seperti dalam surah Al'Araf  ayat 179 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”. Manusia ada semua yang dinyatakan dalam surah tersebut tetapi tidak mahu beriman. Apa bezakan manusia dengan binatang? Akal, ya manusia ada akal tapi tidak mahu menggunakannya. Manusia dikatakan sesat, kenapa? kerana manusia ditakdirkan untuk beribadat tetapi binatang tidak ditakdirkan untuk beribadat. Binatang bukan mukhallaf. Ilmu Allah wajib dituntut dan tidak datang bergolek tetapi kita yang perlu mencari ilmu tersebut. Allah swt telah mengingatkan kita dalam Al-Quran, kita jangan terlalu selesa dengan Islam kita sekarang kerana kita perlu tingkatkan Islam atau Iman kita hari demi hari. Kita perlu pegang akidah kita dengan sangat kuat kerana kita tidak boleh jamin 10 tahun akan datang kita akan mati dalam Islam. Kita tidak boleh jamin akhir kalam kita ialah "Laillahhaillallah". Oleh itu kita perlu berusaha dari sekarang untuk menjaga akidah kita melalui solat dan sebagainya. Akidah inilah akan jadi pegangan hidup kita.


Apabila Allah inginkan seseorang itu menyampaikan dakwahnya atau memberikan hidayah kepada, Allah akan menggerakkan hatinya untuk berkhulwah sepertimana yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika Baginda mendapat wahyu pertama dari Allah swt yang disampaikan oleh malaikat Jibril di Gua Hira'. Allah akan melahirkan rasa benci dalam hatinya kepada perkara-perkara kesesatan. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda "bahawasanya Islam ini datang dalam keadaan berdagang/pelik. Dan kembali dalam keadaan berdagang/pelik. Maka berbanggalah dengan orang-orang yang pelik." Apa yang pelik? Golongan yang soleh duduk dalam masyarakat yang pelik, iaitu masyarakat yang tidak suka Islam. Kita pelik kerana bawa ajaran yang benar. Dia bawa sesuatu yang pelik dalam masyarakat yang sesat atau benci pada kebenaran atau bertentang dengan nafsu mereka.


Bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan merasai kenikmatan pelik ini apabila berada di padang Mahsyar kelak mereka mampu berucap. Peliknya kita hari ini kerana buat perkara-perkara yang Allah s.w.t suka, bukan pelik kerana buat apa yang Allah s.w.t tidak suka. Kenapa perlu kita malu atau takut. Ramai orang menganggap umur muda adalah umur untuk berjoli dan enjoy. Kita buat hari ini kerana kita ada matlamat hidup, iaitu matlamat kita adalah untuk bertemu Allah. Biar orang lain lihat kita pelik pada hari ini, nanti kita akan pelik pula melihat mereka di akhirat kelak kerana tidak solat, tidak buat perintah Allah dan sebagainya.


Maka, kita perlu berdakwah pada diri kita dahulu, beristiqamah dalam solat dan keluarga kita. Semoga kita mendapat perlindungan dari Allah di akhirat kelak, InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment